Seperti dimaklumkan sebelum ini, slot tempahan untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca yang dibuka pada jam 12 tengah hari tadi telah habis dalam tempoh empat jam sahaja.<br />Sebanyak 268 ribu 800 slot tempahan vaksin berkenaan dibuka kepada Pusat Pemberian Vaksin di Kuala Lumpur dan Selangor sahaja serta terhad kepada siapa yang cepat.<br />Untuk membincangkan lebih lanjut mengenai perkara ini, bersama dengan saya ketika ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib.